BlackBerry Classic - Mendayakan Mod Mesyuarat

background image

Mendayakan Mod Mesyuarat

Apabila anda menghidupkan Mod Mesyuarat, pemberitahuan anda secara automatik disenyapkan semasa waktu yang
ditandakan sebagai sibuk dalam aplikasi Kalendar, contohnya, semasa mesyuarat. Apabila waktu sibuk tamat,
pemberitahuan anda secara automatik kembali kepada tetapan biasa.
Nota: Mod Mesyuarat tidak didayakan untuk kalendar tersembunyi.

1.

Dalam aplikasi Kalendar, leret ke bawah dari sebelah atas skrin.

2.

Ketik

> Mod Mesyuarat.

3.

Hidupkan suis Mod Mesyuarat.

Konfigurasi Mod Mesyuarat

Setelah anda menghidupkan Mod Mesyuarat, anda boleh memilih pemberitahuan, jenis acara dan kalendar yang
berkaitan dengan Mod Mesyuarat. Anda juga boleh menetapkan panjang maksimum tempoh tetapan yang digunakan,
contohnya, mesyuarat 2 jam atau kurang.

1.

Dalam aplikasi Kalendar, leret ke bawah dari sebelah atas skrin.

2.

Ketik

> Mod Mesyuarat.

3.

Lakukan mana-mana perkara berikut:
• Untuk mengkonfigurasi profil Mod Mesyuarat anda dengan memberikannya nama, atau mengedit tetapan

pemberitahuan anda, ketik Konfigurasi Profil Mod Mesyuarat.

• Untuk memilih status acara kalendar bagi Mod Mesyuarat yang digunakan, dalam senarai juntai bawah Status,

ketik Sibuk, Tentatif dan Sibuk atau Sibuk dengan Peserta.

• Untuk memilih panjang maksimum masa bagi Mod Mesyuarat yang digunakan, dalam senarai juntai bawah

Tempoh Maksimum, ketik pilihan. Mod Mesyuarat tidak didayakan untuk acara kalendar yang lebih panjang

daripada pilihan ini.

• Untuk mematikan Mod Mesyuarat bagi kalendar tertentu, ketik Gugurkan Kalendar. Ketik kalendar.