
Penyelesaian masalah: Menyediakan akaun
Saya tidak dapat menambahkan akaun e-mel
Cuba perkara berikut:
• Pastikan alamat e-mel dan kata laluan telah ditaipkan dengan betul.
• Pastikan peranti anda disambungkan ke rangkaian mudah alih atau Wi-Fi.
• Tambahkan akaun e-mel menggunakan persediaan lanjutan. Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas
skrin. Ketik
Tetapan > Akaun >
>
. Ketik jenis akaun yang mahu anda tambahkan. Anda mungkin perlu
mendapatkan maklumat tambahan tentang akaun anda daripada pentadbir atau pembekal khidmat e-mel anda.
• Jika anda cuba menambahkan akaun kerja yang disokong oleh penyelesaian EMM daripada BlackBerry, pastikan anda
mempunyai kata laluan pengaktifan daripada pentadbir anda.
• Jika anda cuba menambahkan akaun e-mel yang disokong oleh Microsoft Exchange ActiveSync, hubungi pentadbir
atau pembekal khidmat e-mel anda untuk mengetahui jika anda perlu menukar sebarang tetapan akaun.
Panduan Pengguna
BlackBerry Hub dan e-mel
69

Saya tidak dapat menambahkan akaun rangkaian sosial kedua
Anda hanya dapat menambahkan satu akaun Facebook, satu akaun Twitter dan satu akaun LinkedIn pada peranti
BlackBerry anda.