Sediakan akaun e-mel atau jenis akaun yang lain pada peranti anda
1.
Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2.
Ketik
Tetapan > Akaun.
3.
Jika anda sudah menambahkan akaun pada peranti anda, ketik
untuk menambahkan akaun lain.
Panduan Pengguna
BlackBerry Hub dan e-mel
65
Menambah akaun e-mel
1.
Pada skrin Tambah Akaun, ketik E-mel, Kalendar dan Kenalan.
2.
Masukkan alamat e-mel.
3.
Ketik Seterusnya.
4.
Masukkan kata laluan untuk akaun.
5.
Ketik Seterusnya.
6.
Tukar sebarang tetapan tambahan (contohnya, jenis kandungan untuk disegerakkan dengan peranti anda).
7.
Ketik Selesai.
Tambah akaun rangkaian sosial atau Evernote
Anda boleh menambahkan akaun Facebook, Twitter, LinkedIn atau Evernote pada peranti anda. Apabila anda
menambahkan akaun Evernote pada peranti anda, buku nota Evernote anda tersedia dalam BlackBerry Remember.
1.
Pada skrin Tambah Akaun, ketik Facebook, Twitter, LinkedIn atau Evernote.
2.
Masukkan maklumat akaun anda.
• Jika perlu, tukar sebarang tetapan penyegerakan.
• Jika anda menambahkan akaun Facebook, untuk menukar bila anda diingatkan tentang hari lahir rakan, ketik
pilihan peringatan dalam senarai juntai bawah Peringatan Hari Lahir.
3.
Ketik Selesai. Jika perlu, ketik Benarkan.