BlackBerry Classic - Apa yang berbeza tentang BlackBerry 10 OS?

background image

Apa yang berbeza tentang BlackBerry 10

OS?

Jika anda baru dengan peranti BlackBerry 10, anda tentu tidak sabar untuk mengetahui lebih lanjut tentang apa yang

membezakannya daripada peranti BlackBerry yang lain. Cari maklumat tentang skrin utama, tetapan, mesej dan aplikasi.

Ketahui di mana untuk mencari nombor telefon dan PIN anda dan ketahui cara mencarinya.

Bagaimana hendak menukar tetapan dan pilihan saya?

Lakukan mana-mana perkara berikut:

• Pada skrin utama , tekan

.

• Dalam aplikasi, tekan dan tahan

.

Di manakah e-mel atau mesej saya yang lain?

Semua e-mel, SMS, pemberitahuan rangkaian sosial, panggilan terlepas dan mesej mel suara anda dapat ditemui dalam
BlackBerry Hub. BlackBerry Hub bukan seperti aplikasi lain pada peranti BlackBerry anda. Aplikasi ini adalah teras
pengalaman BlackBerry 10 dan sentiasa berjalan supaya anda sentiasa tersambung walau apa juga anda lakukan pada
peranti anda.

Pada skrin utama , serlahkan

dan tekan trackpad.

Panduan Pengguna

Persediaan dan asas

11

background image

Di manakah aplikasi saya?

Sesetengah aplikasi yang anda gunakan pada peranti BlackBerry lama anda mungkin tidak tersedia pada peranti
BlackBerry 10 anda. Di kedai BlackBerry World, anda boleh menyemak jika aplikasi lama anda tersedia pada skrin My
World atau cari aplikasi baru.

Di manakah tugas, memo dan nota suara saya?

• Jika anda menggunakan BlackBerry Link untuk memindahkan fail dari peranti BlackBerry lama ke peranti baru anda,

tugas, memo dan nota suara seharusnya berada dalam aplikasi BlackBerry Remember yang baru.

• Jika sebelum ini anda menggunakan tugas dalam BBM Groups, anda masih mendapat akses kepada tugas itu dalam

BBM.

Di manakah dapat saya cari fail saya?

Anda dapat mencari fail anda dalam aplikasi Pengurus Fail. Jika anda menambahkan akaun kerja pada peranti BlackBerry
anda dan pentadbir anda menghidupkan teknologi BlackBerry Balance, data, aplikasi dan akses rangkaian peranti anda
dibahagikan kepada ruang kerja dan ruang peribadi. Ruang yang berasingan membantu mengelakkan anda daripada
menyalin data kerja ke dalam aplikasi peribadi atau memaparkan data sulit kerja semasa bersembang BBM Video dengan
tidak sengaja. Untuk menukar ruang, seret jari anda ke bawah di tengah-tengah skrin utama dan ketik Peribadi atau Kerja.

Di manakah dapat saya temui maklumat dan kata

laluan peranti saya?

Di manakah dapat saya temui PIN saya?

Dalam BBM, ketik gambar profil anda. Pada halaman profil anda, PIN muncul di bawah kod bar anda. Dalam e-mel

atau mesej teks, anda turut dapat menaip mypin untuk memaparkan PIN anda.

Bagaimana hendak mencari nombor telefon saya sendiri?

Tekan

. Dalam paparan Panggilan atau Kenalan, leret ke bawah di tengah-tengah skrin dan nombor telefon

anda akan muncul di sebelah atas skrin. Dalam e-mel atau mesej teks, anda juga boleh menaip mynumber untuk

memaparkan nombor telefon anda.

Di manakah saya boleh mendapatkan butiran tentang versi perisian dan perkakasan peranti saya?

Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin. Ketik

Tetapan > Perihal. Untuk menukar jenis

maklumat yang dipaparkan, ketik pilihan dalam senarai juntai bawah.
Dalam mesej, nota atau tugasan, anda boleh taip myver diikuti dengan ruang, untuk melihat model peranti anda

dan versi BlackBerry 10 OS yang dijalankan. Ciri ini mungkin tidak disokong oleh bahasa input anda.

Panduan Pengguna

Persediaan dan asas

12

background image

Bagaimana hendak membuat carian?

Jika anda ingin mencari sesuatu di peranti BlackBerry anda, seperti mesej, lagu atau aplikasi, atau jika anda ingin mencari
di Internet, anda boleh sebutkan atau taipkan carian anda di BlackBerry Assistant. Untuk membuka BlackBerry Assistant,
pada skrin utama , ketik

.

Apakah itu BlackBerry Link?

BlackBerry Link ialah perisian yang boleh anda pasang pada komputer anda untuk memaut data, fail media dan aplikasi
pada peranti BlackBerry anda ke komputer anda.
BlackBerry Link ialah versi terkini BlackBerry Desktop Software dan boleh digunakan dengan peranti BlackBerry 10 anda.
Untuk memuat turun BlackBerry Link, pada komputer anda, lawat

www.blackberry.com/BlackBerryLink

dan pilih pilihan

Windows atau Mac.