BlackBerry Classic - Panduan aksara untuk bahasa berasaskan Latin

background image

Panduan aksara untuk bahasa berasaskan Latin

Banyak bahasa yang menggunakan abjad Latin; namun, terdapat tiga reka letak papan kekunci yang menggunakan abjad
Latin pada peranti BlackBerry anda. Jika anda menyediakan lebih daripada satu bahasa input, ambil perhatian bahawa
reka letak papan kekunci mungkin berubah.
Reka letak papan kekunci QWERTY digunakan oleh banyak bahasa; ia tidak terhad kepada satu kawasan geografi sahaja.
Bahasa tertentu mungkin mempunyai sedikit perbezaan pada kekunci atau simbol yang tersedia, tetapi papan kekunci
asas adalah sama. Reka letak papan kekunci QWERTY digunakan untuk input bahasa Inggeris Amerika, Inggeris Eropah,
Czech, Denmark, Belanda, Itali, Poland, Brazil, Portugis, Romania, Sepanyol, Catalan, Galicia, Basque dan Vietnam.
Papan kekunci QWERTY asas kelihatan seperti ini:


Reka letak papan kekunci QWERTZ digunakan untuk menaip dalam bahasa Jerman, Czech dan Hungary.
Papan kekunci QWERTZ asas kelihatan seperti ini:


Reka letak papan kekunci AZERTY digunakan untuk menaip dalam bahasa Perancis.
Papan kekunci AZERTY asas kelihatan seperti ini:

Panduan Pengguna

Tetapan

194

background image


Papan kekunci QWERTY, QWERTZ dan AZERTY yang menggunakan abjad Latin mempunyai aksara ganti yang berbeza
bergantung kepada bahasa yang anda pilih. Contohnya, dalam bahasa Perancis, jika anda ketik dan tahan huruf A, menu
ramalan memaparkan aksara aksen untuk huruf A. Dalam bahasa Romania, jika anda ketik dan tahan huruf S, menu
ramalan muncul dengan ß di antara pilihan. Lakukan eksperimen dengan Papan Kekunci BlackBerry untuk mengetahui
kekunci yang mengandungi aksara ganti.