Perihal membuat sandaran data peranti
Menggunakan BlackBerry Link, anda boleh membuat sandaran dan memulihkan hampir semua data di peranti BlackBerry
anda. Anda boleh membuat sandaran tetapan, sejarah telefon, fon, carian disimpan, mesej, menyusun data, penanda
halaman pelayar dan fail media.
Anda harus mencipta dan menyimpan fail sandaran pada komputer anda secara kerap, terutamanya sebelum anda
mengemas kini sebarang perisian peranti. Mengekalkan fail sandaran semasa pada komputer anda mungkin
Panduan Pengguna
Tetapan
227
membolehkan anda memulihkan data peranti jika peranti anda hilang, dicuri atau rosak disebabkan isu yang tidak
dijangka.
Nota: Jika peranti anda diaktifkan pada BlackBerry Enterprise Service 10, hubungi pentadbir anda untuk mengesahkan
sama ada anda boleh membuat sandaran dan memulihkan data peranti anda.