BlackBerry Classic - Ikon sambungan wayarles

background image

Ikon sambungan wayarles

Ikon berikut mungkin muncul di penjuru kanan sebelah atas skrin utama untuk menunjukkan tahap liputan wayarles yang
terdapat pada peranti BlackBerry anda pada masa ini.

Bilangan bar padu menunjukkan kekuatan isyarat rangkaian
mudah alih. Jika isyarat lemah, peranti anda mungkin
menggunakan lebih banyak kuasa untuk cuba mengekalkan
sambungan.

Peranti anda disambungkan ke jenis rangkaian yang
ditunjukkan dan dapat mengakses semua ciri pelan
rangkaian mudah alih anda.

Peranti anda disambungkan ke jenis rangkaian yang
ditunjukkan tetapi kefungsian rangkaian terhad.
Kemungkinan besar anda dapat membuat panggilan telefon
tetapi tidak dapat mengakses Internet atau melihat mesej e-
mel.

Anda tiada liputan rangkaian mudah alih.

Peranti anda sedang dalam perayauan. Bayaran tambahan
mungkin dikenakan.

Anda disambungkan ke BlackBerry Infrastructure.

Bilangan ombak padu menunjukkan kekuatan isyarat Wi-Fi.
Jika isyarat lemah, peranti anda mungkin menggunakan
lebih banyak kuasa untuk cuba mengekalkan sambungan.

Peranti anda disambungkan ke VPN.

Panduan Pengguna

Tetapan

148

background image

Peranti anda dalam mod pesawat dan semua sambungan
rangkaian wayarles anda dimatikan. Anda boleh
menghidupkan Wi-Fi atau teknologi Bluetooth tetapi bukan
sambungan anda ke rangkaian mudah alih.

Berlaku ralat dengan kad SIM anda. Untuk maklumat
tentang ralat, pada skrin utama, leret ke bawah dari
bahagian atas skrin. Ketik

Tetapan > Rangkaian dan

Sambungan > Rangkaian Mudah Alih.

Anda hanya boleh membuat panggilan kecemasan.

Ikon berikut muncul di penjuru kiri sebelah atas skrin utama jika peranti anda disambungkan atau cuba menyambung ke
peranti lain menggunakan mod Hotspot Mudah Alih, penambatan Internet, teknologi Bluetooth atau NFC.
Ciri NFC mungkin tidak tersedia, bergantung pada pembekal perkhidmatan wayarles anda, tetapan pentadbir anda dan
model peranti BlackBerry anda.

Mod Hotspot Mudah Alih dihidupkan. Jika ikonnya padu,
Hotspot Mudah Alih telah disambungkan.

Penambatan Internet dihidupkan. Jika ikonnya padu,
peranti anda disambungkan ke peranti lain.

Teknologi Bluetooth dihidupkan. Jika ikonnya padu,
teknologi Bluetooth disambungkan.

NFC dihidupkan.