 
Memilih sambungan
Peranti BlackBerry anda berupaya membuat pelbagai sambungan, untuk meningkatkan lagi perkara yang dapat anda
lakukan dengan peranti dan cara interaksinya dengan peranti lain. Lihat senarai sambungan untuk mengetahui tentang
pelbagai jenis sambungan, mendapatkan sedikit petua untuk mengetahui bila hendak menggunakan setiap sambungan
dan mungkin mempelajari beberapa perkara yang anda tidak tahu boleh dilakukan.
Sambungan rangkaian
Rangkaian mudah alih
Sambungan rangkaian mudah alih membenarkan peranti BlackBerry anda membuat panggilan dan, jika anda 
mempunyai pelan data, menggunakan perkhidmatan seperti menyemak lalu Internet. Di sesetengah lokasi, seperti 
hospital atau dalam kapal terbang, anda perlu mematikan sambungan rangkaian mudah alih anda tetapi biasanya 
anda boleh membiarkan sambungan rangkaian mudah alih dihidupkan.
Wi-Fi
Panduan Pengguna
Tetapan
149
 
Sambungan rangkaian Wi-Fi ialah cara lain untuk mendapatkan perkhidmatan data pada peranti anda tetapi tidak 
seperti menggunakan rangkaian mudah alih, menggunakan Wi-Fi tidak menambahkan caj pada pelan data anda. 
Peranti anda direka bentuk untuk cuba menggunakan rangkaian Wi-Fi yang disimpan sebelum cuba menggunakan 
rangkaian mudah alih untuk fungsi asas data seperti menggunakan Internet atau memuat turun aplikasi. Anda 
boleh membiarkan Wi-Fi dihidupkan supaya sejurus anda berada dalam julat rangkaian Wi-Fi yang disimpan, 
peranti anda bersambung padanya secara automatik, namun jangan lupa bahawa jika anda meninggalkan Wi-Fi 
dihidupkan sepanjang masa, bateri anda akan lebih cepat habis.
Sambungan antara peranti
USB
Anda boleh menggunakan kabel USB untuk membuat sambungan dua hala antara peranti BlackBerry dan 
komputer anda. Peranti anda muncul di komputer sebagai pemacu yang dipetakan. Apabila anda menghidupkan 
ciri Mod Storan Massa USB, peranti anda muncul pada komputer sebagai peranti storan boleh alih. Anda biasanya 
dapat menggunakan sambungan USB untuk menyeret fail antara peranti dan komputer anda, bergantung kepada 
ciri komputer anda.
Anda boleh menggunakan penyesuai USB mikro bergerak ke USB 2.0 untuk menyambung peranti anda ke papan 
kekunci, tetikus, pad permainan, pemacu storan luaran atau peranti USB lain. Anda boleh menggunakan aplikasi 
Pengurus Fail untuk melihat fail di pemacu storan luaran anda.
Anda boleh menggunakan penyesuai SlimPort dan kabel yang sesuai, atau penyesuai paparan wayarles untuk 
menyambungkan peranti BlackBerry anda ke peranti lain seperti TV atau monitor komputer. Anda boleh 
memaparkan skrin peranti BlackBerry anda pada peranti lain.
Sambungan Wi-Fi Direct
Semasa anda menyambungkan peranti BlackBerry anda ke peranti lain menggunakan sambungan Wi-Fi Direct, 
anda boleh melakukan tindakan seperti berkongsi dokumen tanpa memerlukan sambungan Internet. Oleh kerana 
sambungan Wi-Fi Direct mencipta rangkaian, anda boleh bersambung ke berbilang peranti pada masa yang sama.
Sambungan Wi-Fi CERTIFIED Miracast
Miracast membenarkan anda menunjukkan apa yang terdapat pada skrin peranti BlackBerry anda secara wayarles 
pada peranti lain seperti TV atau monitor komputer.
Teknologi Bluetooth
Teknologi wayarles Bluetooth membenarkan anda membuat sambungan terus antara peranti BlackBerry anda dan 
peranti lain yang didayakan Bluetooth. Meskipun anda boleh memindahkan fail melalui sambungan Bluetooth, 
disebabkan keupayaannya untuk menstrim kandungan, sambungan Bluetooth lebih biasa digunakan untuk 
tindakan seperti bermain muzik pada peranti BlackBerry anda melalui pembesar suara yang berasingan atau 
membuat panggilan daripada set kepala yang menggunakan sambungan rangkaian mudah alih peranti BlackBerry 
anda.
NFC
NFC ialah teknologi wayarles julat pendek yang digunakan untuk membuat sambungan antara peranti BlackBerry 
anda dan peranti lain yang didayakan NFC atau tag NFC dengan pantas. Dengan NFC anda tidak perlu 
memasukkan maklumat berpasangan untuk membuat sambungan, jadi ciri ini berguna untuk tindakan semasa 
Panduan Pengguna
Tetapan
150
 
dalam perjalanan, seperti memindahkan kad hubungan dengan orang yang anda temui atau mendapatkan 
maklumat dari poster yang mengandungi tag NFC. Bergantung pada pembekal perkhidmatan wayarles anda dan 
aplikasi yang telah anda pasangkan pada peranti BlackBerry anda, NFC turut dapat digunakan untuk menjadikan 
peranti anda dompet digital bagi membolehkan anda melakukan perkara seperti membuat bayaran dengan peranti 
BlackBerry anda.
Sambungan Internet Kongsi
Anda boleh menggunakan sambungan peranti BlackBerry anda ke rangkaian mudah alih untuk membolehkan peranti lain 
mengakses Internet. Kefungsian ini berguna terutamanya jika anda mahu menyemak lalu Internet pada komputer riba 
atau tablet Wi-Fi sahaja tetapi anda tiada akses kepada rangkaian Wi-Fi.
Penambatan Internet
Anda boleh menggunakan penambatan Internet apabila anda mempunyai satu peranti sahaja yang hendak 
disambungkan ke Internet melalui sambungan rangkaian mudah alih peranti BlackBerry anda. Anda boleh 
menyambungkan peranti ke peranti BlackBerry anda menggunakan kabel USB atau jika kedua-dua peranti 
didayakan Bluetooth, anda boleh menggunakan teknologi Bluetooth.
Hotspot Mudah Alih
Anda boleh menggunakan mod Hotspot Mudah Alih untuk menyambungkan sehingga lapan peranti ke peranti 
BlackBerry anda. (Bilangan peranti yang boleh anda sambungkan bergantung pada pembekal perkhidmatan 
wayarles anda.) Menyambungkan peranti anda menggunakan Hotspot Mudah Alih adalah seperti bersambung 
kepada penghala Wi-Fi; anda boleh menggunakan sambungan Wi-Fi pada peranti anda tetapi anda tidak dapat 
mengakses rangkaian Wi-Fi.
Sambungan VPN
Anda boleh menyambungkan peranti BlackBerry anda ke rangkaian persendirian maya (VPN) melalui rangkaian mudah 
alih anda atau menggunakan sambungan Wi-Fi. Semasa peranti anda disambungkan ke VPN, anda boleh menghantar 
data dan menerima data daripada rangkaian persendirian merentas rangkaian awam.