BlackBerry Classic - Menetapkan alamat IP statik untuk sambungan USB anda

background image

Menetapkan alamat IP statik untuk sambungan USB anda

Secara lalai, apabila anda menyambung peranti BlackBerry anda ke komputer menggunakan kabel USB, peranti anda
menguntukkan alamat IP rawak kepada sambungan. Anda boleh menguntukkan alamat IP statik yang tidak berubah
setiap kali anda menyambungkan peranti ke komputer anda. Contohnya, anda boleh menggunakan ciri ini untuk
memetakan peranti anda ke pemacu tertentu di komputer anda.

1.

Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.

2.

Ketik

Tetapan > Rangkaian dan Sambungan > USB.

3.

Hidupkan suis Alamat IP Manual.

Untuk mengedit alamat IP, ketik senarai juntai bawah Alamat IP dan tukar nombor alamat IP.