Mengakses fail pada kad media anda daripada peranti luaran
Untuk menggunakan ciri Mod Storan Massa USB, anda mesti mempunyai kad media dalam peranti BlackBerry anda.
Mod Storan Massa USB direka bentuk untuk membolehkan anda menggunakan peranti anda sebagai pemacu USB.
Menggunakan kabel USB, anda boleh menyambung peranti anda ke komputer, stereo kereta atau peranti luaran lain dan
mengakses fail di kad media anda. Apabila anda menghidupkan Mod Storan Massa USB dan menyambungkan peranti
anda ke komputer menggunakan kabel USB, peranti anda muncul pada komputer sebagai peranti storan boleh alih.
Nota: Apabila Mod Storan Massa USB dihidupkan dan peranti anda disambungkan ke peranti luaran menggunakan kabel
USB, aplikasi pada peranti anda tidak boleh mengakses fail di kad media anda.
Panduan Pengguna
Tetapan
171
1.
Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2.
Ketik
Tetapan > Rangkaian dan Sambungan > USB.
3.
Hidupkan suis Mod Storan Massa USB.