BlackBerry Classic - Sambung ke rangkaian Wi-Fi

background image

Sambung ke rangkaian Wi-Fi

Apabila anda bersambung ke rangkaian Wi-Fi, peranti BlackBerry anda menyimpan maklumat rangkaian. Kali berikutnya
anda berada dalam liputan rangkaian Wi-Fi yang disimpan, jika Wi-Fi dihidupkan, peranti anda akan menyambung secara
automatik.

1.

Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.

2.

Ketik

Tetapan > Rangkaian dan Sambungan > Wi-Fi.

3.

Jika suis Wi-Fi dimatikan, tetapkannya kepada Hidup.

4.

Ketik rangkaian.
• Jika skrin yang meminta kata laluan muncul, masukkan kata laluan untuk rangkaian Wi-Fi. Ketik Sambung.
• Jika anda mempunyai akses ke penghala Wi-Fi dan anda ingin menggunakan Wi-Fi Protected Setup, ketik

.

Lengkapkan arahan pada skrin peranti.

5.

Ketik Sambung.

Petua: Kali berikutnya anda ingin bersambung ke rangkaian Wi-Fi yang disimpan, jika peranti anda berada dalam liputan
rangkaian, pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin. Ketik

.

Panduan Pengguna

Tetapan

155

background image

Sambung ke rangkaian Wi-Fi secara manual

Jika anda mahu bersambung ke rangkaian Wi-Fi yang tersembunyi atau anda mengalami masalah bersambung secara
automatik, anda boleh bersambung secara manual.

1.

Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.

2.

Ketik

Tetapan > Rangkaian dan Sambungan > Wi-Fi >

.

3.

Dalam medan SSID, masukkan nama rangkaian.

4.

Pilih jenis keselamatan rangkaian dan nyatakan sebarang maklumat tambahan. Untuk mengetahui maklumat yang

perlu dinyatakan, bercakap dengan pentadbir anda atau orang yang mengurus rangkaian Wi-Fi.

5.

Ketik Sambung.